Thank You Aáron Niguez

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya buat Aáron Niguez sekaligus mengesahkan telah melepaskan pemain tengah itu.

Selepas beraksi 3 perlawanan selain bersama pada aksi pramusim di Thailand, pengurusan JDT menjelaskan perubahan taktikal antara punca dan sebab abang kepada Saul Niguez diketepikan.

Menurut Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, Luciano Figueroa, pihaknya telah menandatangani pemain gantian yang bakal mengisi kekosongan tersebut yang ditinggalkan Aáron Niguez sebelum tarikh tutup pendaftaran semalam.

Kami para penyokong JDT khususnya mengucapkan terima kasih kepada Aáron Niguez atas kejayaan membantu JDT memenangi Piala Sumbangsih 2019 dan terima kasih kerana berada bersama keluarga besar JDT.

Dalam pada itu, Aáron Niguez dalam kenyataan di Instagram rasminya mengucapkan terima kasih kepada semua terutama kepada ‘bos’ DYAM TMJ yang telah memberi peluang bersama JDT dan terima kasih para penyokong atas sokongan luar biasa dan unik.