Thank You! Gracias Marcos Antonio, Fernando Elizari!

Kelab Bolasepak JDT telah mengumumkan pengunduran dua pemain importnya iaitu pertahanan, Marcos Antonio dan pemain tengah, Fernando Elizari. Kenyataan itu dibuat menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers semalam.

Image result for marcos antonio jdt

Marcos Antonio yang menerima jolokan The Tank bagi peminat-peminat bolasepak JDT kini telah pun menjangkau usia 36 tahun dan telah bersama kelab selama 5 musim. Antara kejuaraan yang diraih bersama JDT termasuk Juara Liga Super untuk 5 musim berturut-turut sejak 2014 hingga 2018; Piala Sumbangsih 2015, 2016, dan 2018; Juara Piala FA 2016, Piala Malaysia 2017 dan yang paling istimewa Juara Piala AFC musim 2015.

Marcos Antonio ketika mula menyertai JDT pada musim 2014 bersama Pereyra Diaz.
Marcos Antonio mula menyertai JDT pada musim 2014 bersama Pereyra Diaz.

Sepanjang kariernya bersama JDT, 102 penampilan bersama pasukan dengan 12 jaringan terhasil.

Jaringan Marcos Antonio ketika aksi bertemu Terengganu di saingan liga.
Jaringan Marcos Antonio ketika aksi bertemu Terengganu di saingan liga.

Dalam kenyataan itu, pihak JDT mengucapkan ucapan terima kasih kepada Marcos atas segala sumbangan sehingga berjaya membantu JDT dan akan menjadi lagenda buat pasukan Kelab terbaik di Malaysia.

Fernando Elizari ketika mula menyertai JDT pada pertengahan musim 2018.
Fernando Elizari ketika mula menyertai JDT pada pertengahan musim 2018. Foto: JST

Sementara itu, Fernando Elizari yang masuk sebagai pemain pinjaman dari Kelab Defensa u Justicia yang berpangkalan di Argentina. Elizari menyertai JDT pertengahan musim 2018 membuat 15 penampilan masing-masing 8 untuk Liga Super dan 7 ketika saingan Piala Malaysia selain mencipta jaringan 2 gol ketika bertemu Kelantan dan Melaka di saingan liga.

Elizari menjaringkan gol ketika bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat. Foto JST
Elizari menjaringkan gol ketika bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat. Foto JST

Kami dari meja editor mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kedua-dua pemain import ini, Marcos Antonio dan Fernando Elizari atas sumbangan untuk sepanjang musim berada bersama JDT.