Thanks for Everything Larkin. Thank you for All the Memories

Pastinya malam 19 Oktober 2019 merupakan detik yang takkan dilupakan oleh semua penyokong termasuklah tulang belakang transformasi Bolasepak JDT, orang yang merencana, membentuk dan membawa kemegahan buat bolasepak Johor, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja.

Tunku Ismail menerusi ciapan di laman twitternya mengucapkan “Terima kasih di atas segalanya Larkin. Terima kasih di atas semua kenangan.” Pastinya ucapan Selamat tinggal buat Stadium keramat JDT, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos dan kenangan pastinya akan tercatit dalam sejarah bolasepak JDT yang akan berpindah ke stadium baharu di Iskandar Puteri.

Perkongsian gambar yang dimuatnaik oleh TMJ bersama DYAM Raja Muda selepas aksi terakhir JDT semalam dengan kemenangan memihak kepada skuad Harimau Selatan 2-1 mengatasi Selangor.

Perlawanan terakhir membabitkan JDT dan Selangor pada 19 Oktober 2019. Foto JST

Jika diungkap kembali, TMJ telah merevolusikan bolasepak Johor dengan menggabungkan pasukan Johor FC dan Johor FA yang mana Johor FC (ketika itu beraksi di Liga Super) digelar sebagai pasukan utama, Darul Ta’zim FC sebelum ditukar kepada Johor Darul Ta’zim.

Pasukan Johor FA (ketika itu beraksi di Liga Perdana) digelar sebagai Johor United sebelum menjadi feeder club sebagai JDT II dan Stadium Larkin kekal menjadi venue utama pasukan.

Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos

Image
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos. Foto JST

Stadium yang juga dikenali dengan nama Stadium Larkin telah banyak pembaharuan dibuat oleh TMJ dengan menukar keseluruhan padang bolasepak, LED board, bench seat, bilik persalinan, dan keseluruhan fasiliti sehingga menjadikan Stadium rasmi bolasepak JDT (hanya kegunaan bolasepak).

Stadium ini juga telah meraih kejayaan di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Menjadi saksi kejuaraan enam kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Piala Sumbangsih, dan menjadi pentas tertinggi saingan AFC Champions League musim 2019 selain pertandingan AFC Cup.

JDT menjulang piala Liga Super untuk 6 musim berturut-turut. Foto MFL
Related image
JDT menentang Borussia Dortmund di Stadium Larkin. Foto Hafiz Hassan.

Tidak ketinggalan, Stadium ini juga pernah membawa pasukan gergasi eropah, Borussia Dortmund dan juga pernah dihiasi kehadiran pemain-pemain lagenda dunia beraksi pada perlawanan persahabatan.

Keutamaan kepada negara juga tidak dilupakan apabila Stadium Larkin pernah menjadi tuan rumah aksi Kelayakkan Piala Asia pada tahun 2017, Malaysia menentang Lebanon yang ketika itu tewas 1-2.

Perlawanan JDT All Star membawa sebilangan besar lagenda bolasepak dunia. Foto JST

Stadium Sultan Ibrahim

Stadium baharu JDT dikenali dengan nama Stadium Sultan Ibrahim, mula dibangunkan pada tahun 2016 dan dijangka siap tahun 2018, namun atas beberapa perubahan dan permintaan oleh DYAM Tunku Mahkota, pembinaan stadium dijangka siap sepenuhnya tahun 2019.

Stadium yang mempunyai kapasiti 40,000 penonton adalah merupakan stadium bolasepak yang turut dilengkapi Pejabat rasmi JDT. Menggunakan padang rumput jenis ‘Zeon Zoysia.

Image
Stadium Sultan Ibrahim. Foto JST

Terima kasih diucapkan khusus buat kesayangan para pencinta bolasepak JDT, pastinya ditujukan kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang telah membawa perubahan besar dalam mentransformasikan bolasepak JDT dan meletakkan JDT di persada antarabangsa.