This is not the end, it’s only the beginning – TMJ

Pemain Paling Bernilai, Safawi Rasid dilaporkan akan terbang ke Portugal malam ini sebagai persediaan dan penghijrahannya ke kelab Primeira Portugal, Portimonense S.C.

Perkara itu turut disahkan oleh Pegawai JDT dimana pihak media dijemput ke Kompleks Dalam Negeri.

Safawi yang memulakan aksi pertama bersama JDT pada 27 Januari 2017 telah melakukan 101 penampilan dan telah menjaringkan 47 gol selain 18 bantuan gol untuk JDT.

Pada usia 23 tahun, Safawi telah mengecapi kejayaan bersama JDT dengan empat kejuaraan Liga Super 2017 hingga 2020, dua Piala Malaysia dan tiga Piala Sumbangsih bersama Harimau Selatan serta bergelar ‘Pemain Paling Bernilai’ pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim 2018 dan 2019.

Kredit FOTO: JOHOR Southern Tigers

Safawi yang menamatkan penampilan terakhirnya bersama JDT meledak 2 gol untuk menewaskan Sabah 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menerusi satu video pendek mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Safawi dan mendoakan kejayaan beliau. Turut dinyatakan pintu JDT sentiasa terbuka buatnya. This is not the end, it’s only the beginning.

Bagi kami penyokong JDT mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan sumbangan yang telah diberikan kepada JDT sepanjang 4 tahun dan didoakan juga kejayaan terus dirangkul bersama kelab Portugal, Portimonense S.C. Selamat Maju Jaya.

Kredit FOTO: JOHOR Southern Tigers