Tiket Final Piala Malaysia mula dijual hari ini

Pastinya penyokong pasukan Kedah mahupun JDT tidak mahu melepaskan peluang ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2019. Perlawanan ini bakal diadakan pada 2 November 2019, hari Sabtu mulai jam 9:00 malam di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sepertimana sedia maklum, sebanyak 78,000 keping tiket termasuk 2,000 untuk kanak-kanak telah diperuntukkan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2019. Peruntukkan tiket untuk pembelian secara online membabitkan sejumlah 27,330 pelbagai jenis dek tiket. Bagi membuat pembelian secara online, para penyokong boleh demikian melalui laman sesawang www.tickethotline.com.my.

Penjualan tiket secara terus atau menerusi kaunter, para penyokong boleh mendapatkannya mulai hari ini 31 Oktober 2019 di Stadium dan juga di pejabat Daerah.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan harga tiket Final Piala Malaysia 2019:

Info Terkini Tiket Final Piala Malaysia 2019

◾80,000 keping tiket dijual dengan kuota sama rata buat setiap pasukan.

◾Kuota tiket sebanyak 25,860 keping untuk dewasa dan 750 tiket untuk kanak-kanak dan akan dijual di kaunter stadium.

◾Baki tiket 27,330 pelbagai jenis dek tiket yang akan dijual di atas talian melalui @tickethotline.com.my (Rabu).

◾Semua tiket adalah bernombor bagi setiap tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil (kecuali tiket TERBUKA GA50 Dewasa RM50 dan TERBUKA Kanak-Kanak RM5).

Harga Tiket Kedah vs JDT Final Piala Malaysia 2019
Harga Tiket Kedah vs JDT Final Piala Malaysia 2019

Jumlah Peruntukkan Tiket Setiap Pasukan

Harga Tiket Kedah vs JDT Final Piala Malaysia 2019

Lokasi Pembelian Tiket Secara Terus

A. Penyokong Kedah
◾ Jualan tiket di Kaunter Stadium Darul Aman (Khamis). Kedah FA akan menjual tiket di kaunter pada hari Khamis bermula jam 10:30 pagi.

B. Penyokong JDT
◾ Jualan tiket di Kaunter Stadium Larkin boleh dibuat di kaunter pada hari Khamis, 31 Oktober 2019 bermula jam 9.00 pagi.

◾Tiket-tiket tersebut yang berharga RM50.00 sekeping (dewasa) dan RM5.00 sekeping (kanak-kanak) akan mula dijual di kaunter tiket Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin bermula jam 9.00 pagi sehingga tiket habis dijual. Bagi memudahkan urusan para penyokong di segenap daerah, tiket berkenaan turut akan diagihkan kepada pejabat daerah masing-masing.

Jumlah Peruntukkan Tiket Jualan Online

Baki tiket 27,330 pelbagai jenis dek tiket yang akan dijual di atas talian melalui @tickethotline.com.my (Rabu). Kepada para penyokong yang ingin membeli tiket secara online, sila layari link http://www.tickethotline.com.my bermula pada hari Rabu, 30 Oktober 2019 untuk mendapatkannya.

Tiket yang dijual adalah seperti berikut:

👉TERBUKA GA50 | Dewasa RM50
👉TERBUKA GA80 | Dewasa RM80
*Kanak-Kanak RM5
👉 PREMIUM GRANDSTAND RM100
👉 PREMIUM GRANDSTAND RM150

Harga Tiket Kedah vs JDT Final Piala Malaysia 2019

Semoga perkongsian Harga Tiket Final Piala Malaysia 2019 Kedah vs JDT ini dijadikan panduan buat peminat bolasepak di Malaysia!