TM kembali taja Liga Malaysia

Teka-teki mengenai Telekom Malaysia Berhad (TM) akan kembali menaja Liga Malaysia (Liga M) akhirnya terjawab selepas syarikat telekomunikasi itu sah menandatangani kontrak penajaan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL), hari ini.

TM akan menjadi penaja utama bagi saingan Piala Malaysia dan sebagai penaja bersama untuk Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Cabaran.

Kontrak perjanjian selama tiga tahun itu meliputi hak penyiaran eksklusif, mudah alih dan penstriman secara online untuk Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia di semua platform unifi TV. TM dan MFL bagaimanapun enggan mendedahkan berapa jumlah keseluruhan tajaan itu.

Kerjasama antara TM dan MFL ini telah dirasmikan dengan sebuah majlis penandatangan di mana Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Ab Ghani Hassan mewakili pihak MFL, dan pihak TMM diwakili oleh Moharmustaqeem Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif TM Multimedia. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden MFL.

TM, melalui perkhidmatan penyiaran video Live TV, unifi TV akan menyediakan siaran LANGSUNG bagi SETIAP perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia serta perlawanan terpilih Piala FA mulai 28 February 2020, bermula dengan Piala Sumbangsih di (5) saluran sukan unifi (unifi TV Saluran 701-705) yang akan pamerkan setiap perlawanan.

Semua rakyat Malaysia, biarpun pelanggan unifi atau tidak, boleh menikmati semua perlawanan secara LANGSUNG selamanya mereka memiliki Pek Ultimate. Bagi pelanggan unifi yang tidak mempunyai Pek Ultimate pula, mereka boleh memilih pas tontonan Liga Malaysia untuk menonton siaran perlawanan dengan unifi TV melalui Media Box atau unifi PlayTV app:  

PAS TONTONAN UNIFI TVHARGA(RM)
Pas Perlawanan IndividuRM 3
Pas BulananRM 15
Pas Musim Liga Super / Pas Musim Piala FA RM 100
Pas Musim Piala Malaysia RM 50
Pas VVIP Team MalaysiaRM 120

Baca kenyataan penuh MFL di sini