TMJ bangga dengan JDT, bukti bukan sekadar pelengkap

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan menyatakan rasa bangga apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menunjukkan bahawa kita tidak berada dalam Liga Juara-Juara AFC hanya untuk mencukupkan syarat, tetapi untuk bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik Asia.

Mengulas kejayaan JDT mengikat Naib Juara K-League 2018, Gyeongnam FC dengan keputusan seri 1-1 di Larkin dan hampir-hampir mencapai kemenangan untuk mengutip mata di pentas AFC Champions League, TMJ mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat, para pemain, barisan kejurulatihan, kakitangan dan termasuk penyokong.

Diogo kini telah menyumbang 2 gol dalam 2 perlawanan ketika tewas 1-2 kepada Kashima Antlers dan seri 1-1 dengan Gyeongnam FC. Foto: the-afc.com

Dapat dilihat pada malam tersebut, ianya suasana yang sangat luar biasa, bukan sahaja dirasakan oleh penyokong setia JDT, malah TMJ sendiri mengakuinya. Ia disusuli, ini adalah perlawanan kali pertama ACL di mainkan di Stadium Larkin setelah 4 tahun beraksi pada kelayakkan.

“Ia benar-benar satu suasana yang luar biasa.” – Ujar Tunku Ismail

TMJ turut menambah, JDT beraksi dengan yang boleh dibangggakan oleh kerana kelab kerdil ini berdamping dengan pasukan elit Asia.

“Para pemain, terutamanya pemain tempatan, telah menunjukkan kepercayaan, keberanian dan karakter untuk bersaing di peringkat tertinggi, dan saya cukup gembira dengan kemajuan yang telah dicapai oleh Harimau Selatan sejak beberapa tahun yang lalu. Luaskan Kuasamu Johor.”

Apapun kita mengucapkan terima kasih juga buat Tunku, kerana telah meletakkan diri baginda sepenuhnya bagi merealisasikan impian beraksi di pentas tertinggi, kejohanan tertinggi di asia. Kini telah pun menjadi kenyataan. Terima kasih Tunku. Terima kasih.