TMJ muktamadkan perancangan JDT musim 2020 dan 2021

Pemilik, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja telah bermesyuarat bersama Pengurus dan barisan kejurulatihan serta pegawai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengenai perancangan untuk musim 2020 dan 2021.

Perkara itu dikongsi menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers di pejabatnya di Iskandar Puteri, Johor.

Antara perkara yang turut dibincangkan adalah berkenaan skuad JDT dari Bawah-12 hingga ke skuad senior, perancangan pra-musim dan rekaan jersi Nike baharu untuk musim-musim yang akan datang.

JDT menamatkan saingan musim 2019 selepas merangkul kejuaraan Liga Super Malaysia yang juga merupakan kejuaraan untuk enam musim berturut-turut, menjulang Piala Malaysia 2019 dan Piala Sumbangsih.

Image
JDT menjuarai Piala Malaysia selepas menumpaskan Kedah 3-0 di pentas Akhir. Foto JST

Selain pasukan utama, pasukan kedua JDT II turut membawa kejayaan buat kelab apabila menjuarai Piala Cabaran dan 3 kejuaraan di peringkat akar umbi melalui skuad pembangunan U12, U14 dan U17.

Seluruh penyokong JDT tak kira dimana jua mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga khas buat pemilik kelab, DYAM Tunku Pemangku Raja. Tidak lupa barisan kejurulatihan, semua pemain dan staf atas komitmen yang telah diberikan sepanjang musim 2019.