TMJ nyatakan kekecewaan dengan penjualan tiket Final AFF Cup

Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyatakan kekecewaan dengan kaedah penjualan tiket perlawanan akkhir Piala AFF Suzuki.

Baginda menyatakan kekecewaan menerusi akaun twitternya dan meminta penyokong memberikan idea dan cadangan yang bernas untuk dikemukakan terus ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menangani masalah tersebut.

“Saya kecewa dengan apa yang berlaku berkenan penjualan tiket final Piala AFF Suzuki. Saya berharap penyokong boleh memberikan idea mengenai solusi untuk isu penjualan tiket & berharap pihak FAM juga akan mencari jalan penyelesaian. Perkara ini tidak boleh berterusan.”

Ini berikutan, tiket perlawanan akhir membabitkan Malaysia dan Vietnam yang dijadualkan pada 11 Disember 2018 telah habis dijual hanya dalam tempoh 1 jam sahaja tidak kira penjualan online mahupun penjualan di kaunter.

Baginda turut mengingatkan agar perkara ini tidak berulang dan meminta kepada pihak berkenaan supaya mengutamakan para penyokong setia untuk terus memberi sokongan kepada skuad Kebangsaan.

Saya turut akan cuba sebaik mungkin untuk mencari jalan penyelesaian supaya isu ini tidak berulang pada masa yang akan datang kerana penyokong adalah nadi bolasepak.