TMJ ucap tahniah kepada Muhammad Farkhan

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja mengucapkan tahniah kepada Peninju Profesional kelahiran Johor atas kejayaan menjuarai Juara Antara Benua, Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) semalam.

“Kejayaan meraih satu lagi kejuaraan ini telah mengharumkan serta membawa nama Negeri Johor di mata dunia. ALLAH Berkati Johor.” Ciapan Tunku di Twitter.

Muhamad Farkhan Haron berjaya menumbangkan peninju Tanzania, Pascal Abel Ndomba di pusingan ketujuh dalam pertarungan selama hampir 20 minit itu dengan kemenangan apabila Ndomba mengangkat bendera putih selepas pengadil melakukan kiraan.

Farkhan juga merupakan juara Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia Light Heavyweight Champion dan Asian Boxing Federation (ABF) Cruiserweight Championship. Kejayaan tersebut sekali lagi mengharumkan nama beliau di persada dunia yang turut membawa nama baik negeri Johor dan negara Malaysia.

Tahniah buat Muhamad Farkhan dan Tahniah buat Team Johor yang terlibat bersama di kejohanan ini. Syabas!