Tolong hentikan agenda terhadap JDT

Tindakan seorang wartawan Berita Harian yang mengeluarkan artikel “Jenalti jadikan JDT lebih istimewa” telah menerima pelbagai reaksi kurang senang oleh peminat bolasepak terutama penyokong JDT.

Ianya seolah-olah menunjukkan rasa tidak puas hati atau tidak senang duduk wartawan berkenaan dengan menjadikan medium media yang merupakan kerjanya untuk memuatnaik cerita sensasi membabitkan pasukan JDT khususnya.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/02/534669/jdt-mu-paling-banyak-diberi-penalti?fbclid=IwAR2i0kgPevW-8OwEeXspRnc_Kq98cI_CKzAJwoAEq38xiQWJku7HjZGW5fk

Ianya turut mendapat perhatian pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang menyifatkan tindakan wartawan tersebut tidak beretika dan tidak mencerminkan jiwa seorang wartawan.

IG Story milik TMJ

“Wartawan seharusnya menulis berdasarkan fakta, bukan emosi. Mereka perlu berlaku adil dan memberi ulasan sama rata antara pasukan, bukannya menulis seperti penyokong kepada pasukan lawan. Malangnya, ini bukanlah sedemikian bagi sesetengah orang di Malaysia.

“Hari ini saya terbaca sebuah artikel dari Berita Harian yang dengan rasa tidak bertanggungjawab menggambarkan bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat bantuan pengadil berkenaan sepakan penalti. Saya tidak faham bagaimana artikel seperti ini boleh ditulis dan diterbitkan. Saya tidak dapat mengelak dari berfikir bahawa terdapat sesuatu agenda di sebalik penulisan cerita sedemikian, yang pada asasnya mencipta sesuatu walaupun tiada apa-apa.” Titah baginda menerusi laman sosial rasmi, HRH Crown Prince of Johor.

Fahami undang-undang bolasepak

Baginda turut mengulas mengenai wartawan tersebut dengan bertanyakan adakah beliau memahami undang-undang bolasepak?

“Adakah penulis tidak memahami bola sepak sehingga tidak dapat membezakan antara keputusan yang betul dan salah oleh pegawai perlawanan?

“Saya akui bahawa salah satu daripada sepakan penalti sewaktu menentang Terengganu mungkin dilabelkan ‘soft’, tetapi mereka yang memahami peraturan bola sepak akan bersetuju bahawa untuk sepakan penalti yang lain, sememangnya ia perlu diberikan kepada JDT. Bagaimana boleh dikatakan JDT telah ‘dihadiahkan’ penalti apabila pasukan lawan telah melakukan kekasaran? Perkataan ‘bantuan’ juga digunakan sewenang-wenangnya dalam artikel itu. Cukup jelas bahawa artikel tersebut ditulis dengan agenda untuk menghasut pembaca membenci JDT.”

“Tolonglah buat laporan yang adil bukannya secara cuai dan berat sebelah.”

Selepas kenyataan TMJ, artikel berkenaan yang pada awalnya memuatnaik tajuk dengan “Jenalti jadikan JDT lebih istimewa” kini telah bertukar kepada “JDT, MU paling banyak diberi penalti”, namun isi kandungannya masih sama.

Jikalau dibaca isi kandung, ianya jelas menunjukkan kenyataan tersebut dibuat oleh penulis itu sendiri disamping menjadikan komen-komen netizen yang bencikan JDT sebagai bahan ceritanya untuk dimuatnaik.