Tunku Mahkota Ismail rasmi JDT HQ di Iskandar Puteri

4 September 2019 menjadi titik sejarah buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila pejabat dan urusan pentadbiran di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos akan berpindah ke di pejabat baharu di Iskandar Puteri, Johor.

Pejabat baharu JDT (JDT HQ) telah pun selamat dirasmi dan disempurnkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja. Ianya terletak bersebelahan dengan Stadium Sultan Ibrahim yang bakal siap sepenuhnya menjelang awal tahun 2020.

Turut hadir pada majlis perasmian adalah Menteri Besar Johor YAB Dato’ Dr Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato’ Haji Azmi Rohani. Hadir sama adalah Presiden PBNJ, Dato’ Haji Ismail Karim, dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin serta Pegawai-pegawai JDT dan Para pemain.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Pandangan hadapan pejabat JDT. Foto: JOHOR Southern Tigers
Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri dan sut
Benjamin Mora bersama para pemain yang hadir. Foto: JOHOR Southern Tigers

Pejabat empat tingkat yang dibina di atas tanah seluas 2200 meter persegi itu bakal menempatkan pejabat pengurusan tertinggi JDT dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) serta Southern Tigers Sdn Bhd.

Menurut kenyataan JOHOR Southern Tigers, Aras bawah menempatkan lobi utama untuk pelawat, skrin mega-LED yang bakal menyiarkan detik-detik istimewa JDT dan bilik seminar manakala pelbagai jabatan akan ditempatkan di tingkat satu dan dua.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri
Foto: JOHOR Southern Tigers
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri dan sut
Foto: JOHOR Southern Tigers

Pejabat DYAM Tunku Mahkota Ismail terletak di tingkat paling atas. Kesemua pejabat di Ibu Pejabat JDT ini mempunyai pemandangan yang menarik iaitu menghadap Stadium Sultan Ibrahim yang bakal siap tidak lama lagi.