UCL: Barcelona berada dalam kumpulan maut?

UEFA Champions League musim 2019/2020 telah membuka tirai semalam dengan undian peringkat kumpulan dan pemilihan pemain terbaik kejohanan musim 2018/19 yang lepas.

Selesai undian, ramai yang memperkatakan Barcelona berada dalam kumpulan maut bersama-sama Borussia Dortmund, Inter Milan dan Slavia Praha di Kumpulan F.

Bagaimanapun, Juara bertahan Liverpool berada dalam kumpulan yang agak mudah dan selesa di kumpulan E bersama Napoli, Salzburg, Genk.

Pertembungan menarik juga dalam Kumpulan A memperlihatkan Juara Ligue1, PSG akan bersama Real Madrid, Club Brugge dan Galatasaray.

Manakala Naib Juara UCL musim lepas, Spurs terpaksa mengharungi saingan bersama Bayern, Olympiacos dan Crvena Zvezda.

Berikut senarai penuh peringkat kumpulan selepas undian semalam: