UCL: Dua gol Dybala jadi penyelamat Juventus

Dua gol Dybala dalam tempoh 2 minit di babak kedua menjadi penyelamat buat Juventus untuk mengutip 3 mata selepas dikejutkan jaringan awal Lokomotiv Moskva menerusi Aleksei Miranchuk pada minit 30.

Babak pertama menyaksikan Juventus kebuntuan gol tersentak dengan jaringan pelawat untuk mendahului 1-0 dan kedudukan dibawa sehingga tamat separuh masa.

Bagaimanapun, Jaringan Dybala pada minit 77 memberi kelegaan buat Pengurus pasukan Maurizio Sarri. 2 minit berselang, Dybala sekali lagi menyudahkan jaringan selepas rembatan padu Alex Sandro dimuntahkan penjaga gol, Guilherme.

Keputusan tersebut menyaksikan Juventus berkongsi mata dengan Atletico Madrid dengan 7 mata selepas 3 perlawanan.

Saksikan highlights penuh disini: