UCL: Napoli benam juara bertahan Liverpool

UEFA Champions League 2019/20 membuka tirai kejohanan dengan menyaksikan juara bertahan, Liverpool kecundang di tangan Napoli awal tadi dengan jaringan 2-0.

Liverpool yang hadir serba lengkap disusuli dengan rekod tanpa kalah di saingan liga domestik dalam lima perlawanan pertama gagal mengekalkan momentum kemenangan.

Bagaimanapun, kedua-dua gol tuan rumah hadir pada babak kedua menerusi Mertens pada minit 82 sebelum Llorente menambah derita Liverpool pada masa tambahan minit 90’+2.

Liverpool menjadi juara bertahan Champions League pertama tewas dalam perlawanan pertama musim berikutnya sejak 1994-95 dimana AC Milan tewas kepada Ajax.

Satu lagi perlawanan, Salzburg belasah Genk 6-2 untuk mengetuai kumpulan E.

Lain-lain perlawanan menyaksikan Inter diikat Slavia Praha 1-1, Lyon dan Zenit juga terikat jaringan 1-1 manakala Ajax benam Lille 3-0. Chelsea juga tumpas 0-1 dengan Valencia dan Dortmund berjaya mengikat Barcelona tanpa jaringan di Signal Iduna Park.