[VIDEO] Ini sebab kenapa TMJ belanja rakyat

Sejenak memikirkan apakah yang menjadi tanda, DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat mencemar duli berkunjung ke Pasaraya Besar AEON di Tebrau City untuk berramah mesra bersama rakyat sekaligus terus membelanjakan hampir semua pengunjung yang berada disitu.

Kami sebagai penulis boleh berikan sedikit kupasan mengenai tindakan DYAM Tunku dan hasil dari rakaman video yang disiarkan oleh JOHOR Southern Tigers mengenai tindakkannya.

Seringkali kita selalu mendengar ramai orang mempertikaikan apakah kredibiliti, sumbangan, dan khidmat bakti Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada rakyatnya. Walhal setiap kebaikan itu telah TMJ lakukan, laksanakan, tanpa mengira waktu dan keadaan. Tetapi perkara kebaikan itu tidaklah nampak kerana ini adalah tanda kasih sayang TMJ kepada rakyatnya yang tidak mengharap balasan.

Apabila telah sampai satu tahap, pandangan dan suara TMJ tidak dipersetujui ramai pihak sehingga ada yang mempertikaikan apakah sumbangan baginda kepada rakyat dikala berada dalam istana yang mewah dan tidak nampak langsung sumbangan mahupun khidmat bakti TMJ kepada rakyat. Nah, TMJ hanya lakukan sedikit sahaja dengan mengambil kuasa media sosial, kuasa viral, kuasa media, kuasa ekonomi, dan kuasa rakyat untuk tunjuk pada mereka kebaikan itu.

Khabarnya, TMJ telah membelanjakan hampir RM1juta untuk rakyat Johor yang berada di Pasaraya pada waktu petang semalam sambil diiringi Isteri tercinta, YM Che Puan Khaleeda Bustamam.

Pada hemat kami, TMJ ingin membuka mata banyak pihak dengan erti tak perlu kita tunjuk kebaikan untuk meraih simpati atau undi sebaliknya laksanakan untuk beri khidmat kepada rakyat. Laksana dan jayakan untuk lihat kemajuan.

Kami disini menjunjung kasih atas DYAM Tunku atas sumbangan, khidmat bakti Tunku untuk rakyat Johor, Demi Johor dan sentiasa bersama Bangsa Johor.

Saksikan rakaman video sebelum DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Pasaraya Aeon Tebrau City, Johor Bahru serta suasana sewaktu baginda bertemu rakyat pada 11hb April 2018. Allah Peliharakan Sultan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.