WCQ 2022: Kejutan di zon Asia, Pasukan pilihan tidak lagi selamat?

Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 & Piala Asia China 2023 bagi zon Asia di pusingan ke-2 telah menghiasi beberapa kejutan selepas dua perlawanan. Hanya Tajikistan dan Korea Utara sahaja yang mencapai kemenangan 100% setakat ini.

Juara Piala Asia, Qatar yang sudah melalui dua perlawanan hanya mampu meraih 4 mata sahaja dengan 1 kemenangan dan 1 seri. Kemenangan bergaya 6-0 ketika berhadapan Afghanistan tidak mampu diteruskan pada aksi kedua selepas diikat India di laman sendiri.

Image
Foto Kredit: AFC

Aksi pertama Arab Saudi juga dikejutkan dengan penampilan konsistensi Yemen untuk mengikat kedudukan 2-2. Yemen yang 2 kali mendahului hampir mengutip 3 mata. Begitu juga dengan Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang hampir dikejutkan Malaysia di Bukit Jalil

Palestin yang berjaya menewaskan Uzbekistan 1-0 pada perlawanan pertama pula tewas 1-2 pada perlawanan kedua ke atas Singapura di Jalan Besar Stadium.

Keputusan-keputusan lain Nepal mengalahkan Taiwan 2-1 serta Mongolia menewaskan Myanmar 1-0. Bagi pasukan utama seperti China PR, Korea Selatan, Jepun, Iran dan Australia masing-masing baru beraksi 1 perlawanan.

Kempen kelayakan zon Asia akan bersambung kembali pada bulan Oktober nanti.