WCQ 2022: #SimonOut trending di kalangan penyokong Indonesia

Perjalanan Simon McMenemy sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia tidak bermula dengan baik apabila gagal membawa skuad Garuda mengutip 3 mata penuh dalam dua perlawanan awal dalam Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tewas 2-3 kepada Malaysia dan 0-3 kepada Thailand disifatkan oleh penyokong Indonesia sebagai memalukan apatah lagi mereka beraksi di halaman sendiri. Malah, tanda pagar #SimonOut turut membanjiri media sosial sejak semalam untuk mendesak jurulatih dari Scotland itu meletak jawatan dengan segera.

“Kekalahan memalukan kepada Malaysia dan Thailand di halaman sendiri, membuatkan kami penyokong Indonesia ingin Simon McMenemy letak jawatan sebagai ketua jurulatih Indonesia,” kata kenyataan daripada petisyen yang dikeluarkan oleh Pasukan Garuda Revolution melalui Change.org.

Baca juga : Simon McMenemy: Kesalahan Individu yang Membuat Kami Kalah Dari Thailand

EEG9JAlVAAALZI7
GRAFIK: LiputanTimnas

Sehingga kini, petisyen pemecatan Simon telah ditandatangani oleh 45, 352  penyokong Indonesia. Jumlah itu dijangka akan bertambah selepas sorakan “Simon Out” bergema di Stadium Gelora Bung Karno selepas tamat perlawanan menentang Thailand.

Mengulas mengenai situasi itu, Simon yang mengambil alih tugas sebagai pengendali Indonesia daripada Luis Milla pada bulan disember tahun lepas mahu penyokong skuad garuda bersabar kerana mereka masih dalam proses untuk membentuk pasukan yang mantap

Baca juga disini: Timnas Indonesia Kalah Lagi, Simon McMenemy: Saya Mewakili 250 Juta Penduduk

“Apakah saya masih layak melatih pasukan Indonesia? Sudah tentu. Setiap penyokong ada pendapat peribadi tetapi saya di sini mewakili 250 juta penduduk Indonesia dan tidak semua orang mempunyai pendapat yang sama dengan saya.

Image result for simon mcmenemy
Simon McMenemy

“Saya terkejut dengan cemuhan penyokong. Namun, saya masih yakin dan percaya dengan kemampuan pemain yang saya miliki. Yang menjadi masalah ialah kadang-kadang harapan penyokong tidak dapat dicapai dalam masa singkat,” katanya seperti dipetik dalam portal liputan6.com

Dua kekalahan itu telah memperkecilkan peluang Indonesia untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Selepas ini, tugas sukar sedang menanti mereka apabila bakal bertandang ke Dubai untuk menentang UAE pada 10 Oktober 2019.

Sumber – vocketfc.com