WCQ 2022: Vietnam kukuhkan kedudukan, manfaat peluang

Vietnam terus melebarkan sayap untuk terus mengukuhkan kedudukan dalam Kumpulan G, saingan Kelayakkan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 selepas menang tipis 1-0 ke atas UAE semalam.

UAE yang menimpa nasib malang apabila seorang pemainnya dilayangkan kad merah dan diperintah keluar padang. Ketiadaan seorang pemain berjaya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh Vietnam untuk mengutip 3 mata.

Image

Vietnam kini memisahkan 3 mata di hadapan, selepas pencabar Thailand tewas 1-2 kepada Malaysia pada aksi keempat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk berada di tangga kedua dengan 7 mata. UAE kekal di tangga ketiga 6 mata dan punyai mata sama dengan Malaysia.

Vietnam akan kembali berdepan Thailand untuk perlawanan timbal balik kedua selepas kesemua 4 perlawanan telah diharungi. Malaysia pula kembali menentang musuh tradisinya Indonesia pada satu lagi perlawanan. Kedua-dua perlawanan berlangsung pada 19 November 2019.