WCQ 2022: Berikut senarai 24 pemain yang akan ke Jakarta

Berikut senarai nama 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk ke Jakarta, Indonesia bagi menghadapi perlawanan sulung Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019.

Bil Nama Umur Posisi Pasukan
1. Mohd Farizal Marlias 33 Penjaga Gol Johor Darul Ta’zim
2. Adam Nor Azlin 23 Pertahanan Johor Darul Ta’zim
3. La’vere Corbin-Ong 28 Pertahanan Johor Darul Ta’zim
4. Mohamed Syamer Kutty Abba 22 Tengah Johor Darul Ta’zim
5. Muhammad Safawi Rasid 22 Sayap Johor Darul Ta’zim
6. Muhammad Akhyar Abdul Rashid 20 Sayap Johor Darul Ta’zim
7. Muhammad Syafiq Ahmad 24 Penyerang Johor Darul Ta’zim
8. Shahrul Mohd Saad 26 Pertahanan Perak
9. Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi 25 Penyerang Perak
10. Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy 26 Penjaga Gol Perak
11. Nazirul Naim Che Hashim 26 Pertahanan Perak
12. Brendan Gan 31 Tengah Perak
13. J. Partiban 27 Sayap Perak
14. Matthew Davies 24 Pertahanan Pahang
15. Mohamadou Sumareh 25 Sayap Pahang
16. Muhamad Nor Azam Abdul Azih 24 Tengah Pahang
17. Norshahrul Idlan Talaha 33 Penyerang Pahang
18. Muhammad Hadin Azman 25 Sayap Felda United
19. Muhammad Danial Amier Norhisham 22 Tengah Felda United
20. Muhammad Syahmi Safari 21 Pertahanan Selangor
21. Muhammad Akram Mahinan 26 Tengah Pkns Fc
22. Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim 23 Penjaga Gol Kedah
23. Muhammad Irfan Zakaria 24 Pertahanan Kuala Lumpur
24. Dominic Tan Jun Jin 22 Pertahanan Police Tero Fc

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan 24 orang pemain dengan pertambahan seorang adalah disebabkan oleh prestasi yang masih dalam pemerhatian buat penyerang negara, Mohamadau Sumareh. Sumareh tidak diturunkan pada aksi persahabatan menentang Jordan semalam.

Image
Foto: FAM

Tiga pemain dari senarai awal 27 pemain menyertai latihan pusat bermula 25 Ogos lalu yang telah digugurkan adalah Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Mohd Faiz Mohd Nasir (Selangor) dan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew (PKNS FC).

Ahmad Hazwan dimasukkan pada minit ke-61 pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi manakala Mohd Faiz dan Muhammad Jafri tidak diturunkan. Malaysia tewas 1-0.

Menurut Ketua Jurulatih skuad Kebangsaan, Tan Cheng Hoe, Hazwan sepertimana yang diketahui adalah seorang penyerang yang berkaliber tetapi kurang beraksi dan sebab itulah beliau tidak dapat mengekalkan prestasi dan tempo perlawanan antarabangsa.

Pihaknya akan beri beliau peluang pada masa akan datang dan memantau prestasinya dalam saingan Piala Malaysia nanti.

“Faiz pula disebabkan dia mengalami demam dan badannya agak lemah sedikit. Jadi kita terpaksa tinggalkan dia untuk ke Jakarta nanti.

“Sementara Jafri, kita panggil dia untuk memberi peluang kepadanya bersaing di bahagian serangan. Tapi saya rasa dia perlu bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan.” Kata Tan Cheng Hoe menerusi laman rasmi FAM.

“Ketiga-tiga pemain ini akan terus dipantau kerana kemungkinan besar selepas pulang dari Jakarta nanti, mereka akan dipanggil semula untuk menggantikan mana-mana pemain, jika terdapat kecederaan bagi menghadapi perlawanan kedua bertemu UAE di Bukit Jalil pada 10 September nanti.

Foto: Aremilwork

“Saya membuat keputusan untuk membawa 24 pemain ke Jakarta kerana kita tahu Mohamadou Sumareh masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Sebab itulah kita bawa lebih seorang pemain sebagai langkah persedian jika Sumareh tidak seratus peratus bersedia untuk bertemu Indonesia.

“Cuma pada hari perlawanan nanti, hanya 23 pemain akan disenaraikan dan seorang pemain terpaksa diketepikan.”

Malaysia akan menentang Indonesia pada 5 September depan dan menentang UAE pada 10 September 2019 bagi kelayakkan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pusingan ke 2 Kumpulan G.