WCQ 2022: Harimau Malaya bangkit baham Sang Garuda

Kebangkitan Harimau Malaya terserlah pada babak kedua selepas berjaya menguasai penuh perlawanan dan sekaligus meledak dua gol untuk mencipta kemenangan.

Selepas ketinggalan 1-2 pada babak pertama, Malaysia seolah mendapat rentak permainan apabila berjaya mengawal keseluruhan permainan dengan banyak serangan demi serangan.

Malaysia terlebih dahulu dibolosi seawal 12’ menerusi Alberto Goncalves yang berjaya melepasi perangkap dan melepaskan sepakan menewaskan Kapten Kebangsaan, Farizal Marlias.

Harimau Malaya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Sumareh pada minit 36 sebaik dimasukkan pada minit 35 menggantikan Hadin Azman.

Berselang 2 minit, akibat tersalah passing, Indonesia berjaya peroleh gol kedua juga menerusi Alberto Goncalves pada minit 38 hasil umpanan Andik untuk kembali mendahului 2-1.

Masuk babak kedua, TCH terus mengingatkan para pemain untuk mempamerkan aksi bertenaga. Hasilnya beberapa percubaan diperolehi namun gagal disudahkan dengan baik.

Dikala serangan demi serangan sedang rancak, tindakan penyokong tuan rumah yang menyerang penyokong pelawat membuatkan situasi tegang dan perlawanan terpaksa dihentikan pengadil perlawanan. Namun pegawai keselamatan berjaya mengawal keadaan dan perlawanan kembali sambung dengan masa tambahan dilanjutkan lapan minit.

Pada minit-minit terakhir, dengan pasukan Indonesia yang semakin lemah dan hilang fokus ditambah pertukaran masuk pemain muda negara terus mengucar kacirkan perlawanan.

Kemenangan yang sangat-sangat diharap terjadi pada minit 96 apabila Matiew Davies berjaya membuat crossing melepasi pertahanan sebelum Sumareh menolak masuk gol ketiga.