WCQ 2022: Harimau Malaya hampir kejutkan UAE

Skuad Harimau Malaya hampir mengejutkan pasukan di ranking 65 dunia, UAE sebelum tewas 1-2 pada aksi kelayakkan Piala Dunia Qatar 2022 & Piala Asia China 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Malaysia yang membuka jaringan seawal minit pertama menerusi tandukan Syafiq Ahmad selepas menerima hantaran kemas Matthew Davies.

Image

Malaysia bermula baik dan hampir keseluruhan perlawanan pada babak pertama dikuasai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe. Turut memiliki peluang keemasan hampir 3-4 kali namun ketumpulan penyudahkan menggagalkan skuad Harimau Malaya menambah jaringan.

Pasukan pelawat hanya memiliki 1-2 peluang di depan gol melalui counter attack selainnya hanya serangan bertali arus Harimau Malaya ke kubu lawan. Banyak kesilapan UAE yang gagal disudahkan dengan baik skuad kebangsaan untuk menambah gol.

Sedikit kealpan pertahanan dan kelekaan, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit 43 menerusi Ali Ahmed Mabkhout yang menanduk masuk mengelirukan Farizal Marlias.

Separuh Masa Kedua

Masuk separuh masa kedua, UAE kembali fokus untuk memburu gol. Perlawanan kembali seimbang dengan melibat Malaysia lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan.

Kali ini, pelawat yang menekan pertahanan lawan dengan terjadi beberapa kesilapan pertahanan dan kawalan bola yang lemah. Masuk minit ke 75, counter attack UAE dan kesilapan pertahanan menghukum apabila Ali Ahmed Mabkhout sekali lagi berjaya menewaskan Farizal untuk gol kedua peribadinya dalam saingan ini.

Image
Foto: PFAM

Beberapa pertukaran dibuat oleh Tan Cheng Hoe, dengan mengeluarkan Sumareh, Mat Yo dan Syafiq Ahmad dan memasukkan tenaga baru yang lebih segar iaitu Syamer Kutty, Akhyar Rashid dan Partiban.

Namun kemasukan mereka masih belum gagal mencipta jaringan meskipun memiliki peluang menjaringkan gol menerusi Syamer Kutty yang sedikit hilang fokus menyambut rembatan Safawi Rasid yang terkena tiang.

Malaysia tewas 1-2 kepada UAE untuk menduduki tangga ke-3 dibelakang Thailand dan UAE. Satu lagi perlawanan, tuan rumah Indonesia teruk dibelasah Thailand dengan tiga gol tanpa balas di Stadium Gelora Bung Karno.

Malaysia akan menerusikan aksi menentang Vietnam di Hanoi pada 10 Oktober depan sementara UAE akan menanti kunjungan Indonesia di Dubai.

Saksikan rangkuman penuh perlawanan yang disediakan oleh Astro Arena