WCQ 2022: Harimau Malaya mula sesi latihan

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe telah menjalani sesi latihan sejak 3 hari lalu dengan kesemua senarai 27 pemain melaporkan diri. Tidak kelihatan lagi kenyataan ada pemain yang tidak hadir selepas semua perlawanan saingan Piala Malaysia berehat seketika.

Skuad Harimau Malaya akan memulakan aksi pemanas badan bertemu Jordan pada 30 Ogos ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum terbang ke Jakarta bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 menentang Indonesi di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September depan.

Malaysia dijadual bertemu UAE pada 10 September di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan kedua saingan kelayakkan.

Image
Foto: FAM

Dilihat, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusof Mahadi yang juga Pengurus Pasukan turut turun padang meninjau persiapan skuad negara selain mendengar perancangan yang disusun Tan Cheng Hoe pada hari kedua sesi.