WCQ 2022: Malaysia beraya sakan belasah Timor Leste

Malaysia memulakan kempen kelayakkan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada pusingan pertama apabila mudah membelasah Timor Leste 7-1 di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Gol pembukaan dijaringkan oleh pemain pertahanan Corbin Ong pada minit ke12 sebelum Shahrel Fikri meledak gol kedua pada minit 23.

Norshahrul Idlan Tahala menyudahkan gol ketiga pada minit 43 sebelum Safawi Rasid menambah gol keempat pada minit 45 perlawanan.

Masuk babak kedua, Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe tersentak dengan gol pelawat pada minit 52 oleh Joe Pedro. Bagaimanapun Safawi kembali bangkit meletakkan keselesaan buat skuad Harimau Malaya untuk kedudukan 5-1 pada minit 59.

Pemain gantian Fais Nasir menambah gol keenam pada minit 78 sebelum Akhyar Rashid menyumbat gol ketujuh pada minit 89.

Malaysia akan bertemu Timor Leste di tempat lawan pada 11 Jun 2019 yang akan dilangsungkan di Stadium sama iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil. Secara matematik Malaysia telah pun layak ke Pusingan ke2.