WCQ 2022: Malaysia diundi bertemu Timor-Leste di Pusingan 1

Keputusan Undian Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 telah terjawab apabila Malaysia dijadualkan akan bertemu lawan Timor-Leste.

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan beraksi di laman sendiri pada 6 Jun bertandang ke tempat lawan pada 11 Jun 2019. Pemenang layak ke Pusingan 2.

Malaysia berada di kelompok 12 pasukan terbawah berikutan kedudukan ranking FIFA namun berada pada pot A iaitu berada di ranking 35-40 yang akan bertemu pasukan di ranking 41-45 di pot B.

Lain-lain pasukan, Kemboja akan bertemu Pakistan, selain Laos akan bertemu Bangladesh. Undian kelayakkan berlangsung di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Undian dalam pusingan kelayakkan ini digunapakai untuk aksi Kelayakan Piala Asia 2023