WCQ 2022: Thailand belasah Indonesia tiga gol tanpa balas

Thailand memulakan aksi garang pada perlawanan kedua selepas diikat Vietnam pada Khamis lalu dengan membelasah Indonesia tiga gol tanpa balas kasihan.

Walaupun pasukan tuan berjaya mengikat skuad Gajah Perang dengan serangan pantas pelawat pada babak pertama, ternyata pemain Indonesia gagal menangkis serangan pada separuh masa kedua lalu terus dihukum dengan gol pertama pelawat menerusi Supachok pada minit 55 perlawanan.

Thailand terus menggandakan asakan ke kubu tuan rumah untuk memperoleh gol kedua menerusi Theerathon yang sempurnakan sepakan penalti dengan kemas untuk meletakkan dua gol didepan selepas Supachok dijatuhkan Penjaga gol.

Image
Supachok meraikan jaringan untuk Thailand mendahului. Foto Twitter @changsuek_TH

Supachok tidak mensia-siakan peluang untuk meledak gol ketiga pada minit 71 selepas menerima lorongan baik dan tiada pemain yang cuba mencabar kedudukan Supachok untuk Supachok mudah menolak masuk ke gawang lawan.

Lihat highlight penuh di sini https://youtu.be/obQZSfC9wk8