WCQ 2022: Thailand dan Vietnam berkongsi mata di Bangkok

Saingan Kumpulan G yang menempatkan empat pasukan ASEAN menyaksikan Thailand dan Vietnam hanya berkongsi satu mata selepas terikat tanpa jaringan.

Aksi Kelayakkan Piala Dunia Qatar 2022 & Piala Asia China 2023 itu memberikan lebih peluang kepada pasukan ASEAN ini untuk merebut slot awal ke Piala Asia selain berentap di pusingan terakhir Kelayakkan Piala Dunia 2022.

Perlawanan dilihat seimbang dengan serangan kedua-dua pasukan. Vietnam mempunyai peluang menjaringkan di babak pertama namun tersasar. Thailand pula mengatur serangan untuk memburu gol namun juga tidak berjaya.

Thailand mampu mencipta kemenangan apabila peroleh peluang keemasan namun sikap tamak telah menggagalkan. Keputusan tamat Thailand 0-0 Vietnam.

Satu lagi perlawanan kumpulan G, Indonesia gagal manfaat peluang beraksi di laman sendiri selepas Malaysia bangkit untuk mencipta kemenangan 2-3 meskipun separuh masa mendahului 2-1.