World Cup 2018: Belgium menetapi sasaran benam Panama

Belgium menepati ramalan sekaligus menafikan ‘cakap-cakap’ orang Belgium akan menerima nasib sama seperti Germany, Brazil dan Argentina apabila mudah membenam Panama pada aksi pertama kumpulan G.

Meskipun Panama berjaya mengikat Belgium pada separuh masa pertama, tetapi kebangkitan yang ditunjukkan Belgium untuk lebih menguasai terbukti pada separuh masa kedua.

Ianya dibuktikan oleh ledakan padu oleh Mertens untuk gol pertama pada minit 47 diikuti tandukan dan kuisan pantas oleh Romelo Lukaku untuk menambah derita Panama.

Belgium dilihat mudah untuk mencipta kemenangan apabila beberapa percubaan dilakukan ke arah pintu gol disamping Panama yang buntu serangan.

Pada minit terakhir, barulah kelihatan percubaan dan serangan Panama untuk mencari gol saguhati namun sedikit tumpul. Keputusan penuh Belgium 3 Panama 0.

Leave a Reply

Your email address will not be published.