Portugal dan Sepanyol sememangnya perlawanan yang dinantikan. Portugal memulakan jaringan pertama pada minit ke-4 menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh Cristiano Ronaldo.
Pelbagai cabaran diberikan oleh Sepanyol pada 20 minit pertama, Diego Costa berjaya menyamakan kedudukan pada minit 24 yang berjaya melepasi 3-4 orang pertahanan sebelum merembat kencang ke pintu gol.
Bagaimanapun hanya berbaki beberapa minit sebelum tamat separuh masa, Ronaldo tidak senang untuk kedudukan itu berjaya meledak gol ke-2 peribadinya dalam piala dunia kali ini pada minit ke-44 untuk kedudukan 2-1.
Separuh masa kedua, serang bertali arus kedua-dua pasukan. Bagaimanapun kelibat Sepanyol lebih menonjol. Ianya dapat dibuktikan pada minit ke 55, Costa sekali lagi menyamakan kedudukan 2-2 diikuti selang 3 minit kemudian, Nacho mencetak nama selaku penjaring buat Sepanyol untuk kedudukan ketika 2-3.
Seakan perlawanan memihak Sepanyol, Ronaldo membuktikan kehebatannya selepas menyempurnakan sepakan percuma yang kemas, cantik dan cukup padu untuk menewaskan De Gea sekaligus mengikat kedudukan 3-3 di akhir minit perlawanan. Keputusan kekal 3-3.