You can never be us

Baru-baru ini ada sesetengah laman sosial cuba membanding-bandingkan pasukan mereka dengan pasukan JDT termasuk melihat kepada fasiliti yang dibangunkan dan lain-lain yang seolah-olah meletakkan mereka kini telah setaraf dengan pasukan JDT.

Namun hakikatnya, ia belum cukup menyamai dengan apa yang telah JDT lakukan dan laksanakan baik di dalam dan di luar padang. Istilah ‘ingin meniru’ ini juga mendapat perhatian dari laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Ikuti perkongsian berikut:

Ada sesetengah yang jahil cuba untuk menjadi seperti kami tetapi untuk menjadi seperti kami adalah lebih dari sekadar meniru apa yang kelihatan di mata. Bola sepak bukan jenis ‘copy and paste’.

Menjadi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tentang mempunyai semangat, keazaman, keinginan dan daya intelek untuk membina empayar yang mampu menakluk semua.

Harimau Selatan adalah lebih daripada sekadar sebuah kelab bola sepak. Kami adalah sebuah keluarga yang berusaha bersama-sama dan mempunyai pemahaman yang sama mengenai visi dan misi kelab – untuk menjadi yang terbaik dalam semua aspek.

Tidak ada yang tertinggal dalam memastikan JDT menjadi perintis di dalam dan di luar padang.

Ada yang mengatakan bahawa peniruan adalah satu bentuk pujian yang ikhlas tetapi teruskan mencuba, ‘You can never be us’!