1+2 dengan Naib Juara Liga Super mengisi slot terakhir ke Kejohanan AFC

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengesahkan Juara Liga Super, Juara Piala FA dan Naib Juara Liga Super musim 2020 akan mewakili Malaysia untuk kejohanan AFC bermula musim 2021.

Slot 1+2 adalah merujuk kepada 1 slot diperuntukkan untuk saingan AFC Champions League yang akan diisi oleh Juara Liga Super dan 2 lagi slot adalah untuk saingan Piala AFC. Juara Piala FA dan Naib Juara Liga Super akan mengisi 2 slot tersebut.

AFC yang telah dipersetujui oleh semua Ahli MA dimana bermula musim 2021, kejohanan AFC Champions League akan dibuka tambahan 8 pasukan menjadikan jumlah keseluruhan 40 yang akan bertanding di peringkat kumpulan, berbanding sebelum ini hanya 32 pasukan.

8 pasukan tambahan itu adalah dari 4 pasukan yang berada pada kedudukan ke-7 hingga ke-10 bagi kedua-dua zon (timur dan barat) yang menerima 1 slot ke peringkat kumpulan. Pertambahan ini akan menjadikan setiap zon akan disertai oleh 16 pasukan (direct slot) dan 4 pasukan dari pemenang dari pusingan kelayakan.

Al-Hilal menjuarai AFC Champions League musim 2019.

Bekas juara bagi AFC Champions League dan Piala AFC bagi edisi sebelumnya yang gagal mengisi slot (tidak kira slot automatik atau play-off) pada musim berikutnya, akan diberikan 1 slot untuk beraksi di play-off sama ada di zon timur atau barat.

Perubahan dan pertambahan ini adalah untuk membuka lebih banyak peluang kepada semua Ahli MA untuk beraksi di pentas asia selain dapat membantu mengembangkan prestasi dan persembahan pasukan.

Sebelum ini, AFC telah menetapkan 2 slot untuk Malaysia iaitu Juara Liga Super dan Juara Piala FA yang mana untuk 2 tahun terakhir ini, Malaysia berada di kedudukan ke-6 bagi zon Asia Timur dengan 1 slot ke peringkat kumpulan dan 1 slot lagi melalui kelayakkan.

JDT beraksi di pentas peringkat kumpulan AFC Champions League buat kali pertama musim 2019. FOTO JST

2 slot tersebut telah diberikan oleh AFC sekian lama sejak Malaysia bersaing dalam saingan Piala AFC lagi. Tambahan slot diberikan dengan Juara Liga Super diberikan peluang beraksi di pusingan kelayakkan AFC Champions League, namun jika gagal akan beraksi di peringkat kumpulan Piala AFC.

Bagi musim 2020, Malaysia diwakili oleh pasukan Johor Darul Ta’zim yang akan beraksi di peringkat kumpulan manakala Kedah bersaing di peringkat kelayakkan. Namun Kedah telah tersingkir pada pusingan terakhir kelayakkan selepas tewas 1-4 kepada FC Seoul.

JDT bersama-sama Vissel Kobe dari Jepun, Guangzhou Evergrande (China) dan Suwon Samsung Bluewings dalam kumpulan G dan akan memulakan kempen saingan AFC Champions League pada 12 Februari 2020.