5 perkara mengapa JDT memenangi Liga Super dan rekod kali kelima berturut-turut

5 PERKARA MENGAPA JDT MEMENANGI LIGA SUPER MALAYSIA… LAGI, UNTUK REKOD KALI KELIMA BERTURUT-TURUT

Artikel FourFourTwo memuatnaik lima perkara mengapa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya memenangi Liga Super Malaysia buat kali kelima berturut-turut malah secara automatik layak ke saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019. Perkara pertama adalah kerana JDT memiliki pertahanan yang cukup ampuh dengan kombinasi pemain yang mempunyai persefahaman dalam menjaga posisi masing-masing.

Perkara kedua adalah mengenai kelebihan memiliki Safawi Rasid yang kini seumpama mesin gol malah merupakan pemain JDT yang merekodkan jaringan gol peribadi terbanyak. Seterusnya adalah keupayaan Raul Longhi meneruskan DNA JDT yang ditinggalkan oleh jurulatih terdahulu. Perkara berikut adalah mengenai ciri kepimpinan Hariss Harun selaku Kapten pasukan menggantikan Safiq Rahim yang mengalami kecederaan. Dan perkara terakhir adalah mengenai sokongan penyokong yang mana kesemua lima perkara disebutkan itu merupakan punca utama membawa kejayaan JDT.

Layari artikel penuh di https://www.fourfourtwo.com/my/features/5-reasons-why-jdt-won-msl-again-a-record-5th-straight-time

Johor Darul Ta’zim (JDT) have flexed their muscles in the Malaysia Super League (MSL) yet again, after winning for the fifth consecutive time with four league matches still left to play. Judging by the way they have dominated the league so comprehensively, the league organizers may consider already carving their name to the trophy for the 2019 season. But winning a marathon like the MSL is no mean feat, and here are some ways how JDT achieved it to ultimately book an automatic berth to the 2019 AFC Champions League.

Read more at https://www.fourfourtwo.com/my/features/5-reasons-why-jdt-won-msl-again-a-record-5th-straight-time