ABK: Perebutan Aidil, Dollah dan Sathia. Mora tak tersenarai

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 menyaksikan pertarungan sengit melibatkan kategori Ketua Jurulatih Terbaik yang mana perebutan menjadi milik Aidil, Dollah dan Sathia selepas Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pencalonan.

Aidil yang mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih Kedah musim 2019 menyaksikan peluang cerah buat dirinya atas kejayaan berjaya membawa Kedah menjulang Piala FA menewaskan Pahang selain menjadi Naib Juara Piala Malaysia dan tempat ke4 Liga Super

Saingan terdekat Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh dan Ketua Jurulatih Selangor, B. Sathiananthan, lebih menyaksikan kepada prestasi semasa kedua-dua pasukan.

Pahang yang menjadi Naib Juara Liga Super terkandas di Separuh Akhir Piala Malaysia bagi musim 2019. Manakala Selangor juga terkandas di Separuh Akhir selain menduduki tempat ketiga Liga Super.

Namun, Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora tidak tersenarai meskipun berjaya membawa JDT menjulang Piala Sumbangsih, Piala Liga Super dan Piala Malaysia. selain mencipta kemenangan menewaskan juara bertahan AFC Champions League, Kashima Antlers dengan 1-0 selain seri dengan Gyeongnam FC pada pentas AFC.

Benjamin Mora

Prestasi Benjamin Mora musim 2019 menentang pasukan Ketua Jurulatih yang dicalonkan:-

🎖 mengalahkah Selangor 4 kali musim ini
1/3/2019 2-4
19/6/2019 3-2
19/10/2019 2-1
26/10/2019 0-3

🎖 mengalahkan Kedah 2 kali dan 1 seri
26/5/2019 2-0
29/3/2019 1-1
2/11/20119 0-3

🎖 mengalahkan Pahang 1 kali dan 1 seri
28/4/2019 1-1
14/5/2019 2-0

Apapun pencalonan yang diletakkan oleh MFL, kita mendoakan semoga berjaya kepada yang dicalonkan.