ACL: Vissel Kobe sah sertai Group G bersama JDT

Juara Emperor’s Cup, Vissel Kobe mengesahkan 1 slot untuk diisi dalam kumpulan G bersama JDT, Guangzhou Evergrande dan Suwon Samsung Bluewings bagi saingan AFC Champions League musim 2020.

Vissel Kobe yang berjaya menewaskan Kashima Antlers 2-0 pada pentas akhir Emperor’s Cup petang tadi. Walaubagaimanapun, Kashima Antlers yang juga merupakan bekas Juara AFC Champions League musim 2018, terpaksa mengharungi kelayakkan sepertimana musim 2019.

Penyertaan Vissel Kobe mengesahkan JDT akan bertandang ke Osaka pada 12 Februari depan bagi aksi pertama saingan ACL sebelum menanti kunjungan Guangzhou Evergrande di Larkin.

Antara yang lebih menarik, Vissel Kobe yang dibarisi pemain-pemain ternama dan berpengalaman di pentas eropah dan dunia antaranya bekas Pemain FC Barcelona yang juga bekas skuad kebangsaan Sepanyol, Iniesta; Vermalen, David Villa dan Lucas Podolski.