ACL2020: JDT bersama Guangzhou Evergrande, Suwon Bluewings di Group G

Undian bagi saingan AFC Champions League musim 2020 telah berlangsung semalam di mana Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga merupakan Juara Liga Super musim 2019 telah diundi dalam kumpulan G.

JDT akan bersama-sama dengan Juara Chinese Super League 2019, Guangzhou Evergrande, Juara Korean FA Cup 2019, Suwon Samsung Bluewings, dan Juara Emperor Cup Jepun 2019 yang bakal ditentukan pada awal Januari 2020.

JDT dilihat menghadapi tentang hebat saingan dari Guangzhou Evergrande yang diperkuatkan oleh pemain seperti Paulinho yang merupakan bekas pemain FC Barcelona dan Elkeson yang kini dikenali dengan nama Ai Kesen serta dibimbing oleh lagenda Itali, Fabio Cannavaro.

Suwon Samsung Bluewings pula merupakan juara Korean FA Cup dan satu lagi slot diisi oleh pasukan dari Jepun melalui Juara Emperor’s Cup. Penentuan ini masih berada di peringkat separuh akhir yang mana empat pasukan tersebut adalah Vissel Kobe, Shimizu S Pulse, Kashima Antlers dan V-Varen Nagasaki.

Undian telah berlangsung di AFC House, Bukit Jalil yang turut dihadiri oleh semua pasukan yang bertanding pada musim hadapan. Undian turut dijalankan bagi kejohanan AFC Cup 2020.

Dalam perkembangan, Setiausaha AFC memaklumkan, kejohanan AFC Champions League musim 2020 adalah merupakan kejohanan terakhir yang menempatkan 32 pasukan dan akan bertambah kepada 40 pasukan musim 2021.

Ianya secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang kepada semua MA di dalam AFC. Perubahan ini termasuk slot kelayakan di AFC Champions League dan AFC Cup.