AFC: Semua pasukan wajar contohi JDT

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyambut baik inisiatif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) atas langkah proaktif kelab Harimau Selatan itu dalam menunaikan tanggungjawab membantu memerangi wabak COVID-19.

Setiausaha Agung AFC, Dato’ Windsor John (gambar) berkata langkah berkenaan seharusnya dicontohi semua pihak dalam menangani krisis global seumpama ini.

“Tahniah kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seluruh keluarga kelab JDT, pegawai dan pemain yang turut sama berganding bahu memerangi krisis penularan wabak COVID-19,” katanya.

JDT dalam satu kenyataan di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers hari ini menyatakan pemain, jurulatih dan kakitangannya bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 33%. Pemain, pegawai dan jurulatih JDT mendermakan sebahagian dari gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor dalam usaha meringankan beban kelab serta masyarakat pada waktu yang mencabar ini.