AFC U23: Dua gol Akhyar bantu Malaysia benam Filipina

Skuad Bawah 23 tahun negara tampak mudah untuk menjinakkan Filipina 3-0 di Stadium Shah Alam pada aksi Kelayakkan Kejuaraan AFC Bawah 23.

Gol skuad negara disudahkan menerusi dua jaringan dari Akhyar Rashid pada minit 5 dan 32 disusuli Faisal Halim pada minit 82.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee nyata menguasai perlawanan dengan banyak peluang terhidang untuk menjaringkan lebih banyak gol menerusi Hadi Fayyadh dan Nik Azli.

Namun penyudahnya gagal disempurnakan secara positif meskipun penjaga gol pelawat adakala telah pun tertewas.

Malaysia B23 akan mengharungi perlawanan kedua menentang Laos pada 24 Mac ini di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam sebelum mengakhiri saingan menentang China PR pada 26 Mac di stadium dan waktu sama.

China PR yang mudah membelasah Laos 5-0 pada sebelah petang akan bertemu Filipina untuk aksi kedua Kelayakkan Kejuaraan AFC Bawah 23.

Foto: FAM Malaysia