AFF Cup: Kesemua 80,000 Tiket Telah Habis Terjual

Untuk makluman semua, tiket perlawanan Separuh Akhir 1 #AFFSuzukiCup18 Malaysia lwn Thailand, Sabtu ini yang dijual secara fizikal di kaunter tiket Stadium Nasional, Bukit Jalil bermula 10.00 pagi tadi telah pun habis terjual sebentar tadi.

FAM turut dimaklumkan bahawa tiket yang dijual di cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic sejak pagi tadi juga telah habis terjual.

Ini bermakna, kesemua 80,000 keping tiket yang diperuntukkan termasuk 40,000 keping tiket yang dijual secara online pada Isnin dan Selasa lalu kini telah pun habis terjual.

Terima kasih Malaysia! Jumpa anda semua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

#FAM #HarimauMalaya