AFF Cup: Skuad Harimau Malaya Berlepas Ke Hanoi

Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe berlepas ke Hanoi, Vietnam, tengah hari ini bagi menghadapi aksi ketiga Kumpulan A bertemu Vietnam, Jumaat ini.

Skuad negara yang berjaya mengutip penuh mata dalam dua aksi pertama kini terus memburu kemenangan ketiga sekaligus melayakkan ke Separuh Akhir. Bagaimanapun, kedua-dua pasukan pasti memberi tentang sengit. Malaysia akan bertemu Myanmar pada aksi terakhir di Bukit Jalil pada 24 November ini.

Selamat maju jaya.