Akhirnya Cheng Hoe panggil jugak Afiq Fazail

Atas prestasi yang memberangsangkan dan melihat kepada permintaan ramai, akhirnya pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan kelayakkan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Ketua Jurulatih Kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang mengakui prestasi cemerlang yang ditunjukkan pemain berusia 25 tahun itu terutama ketika membantu JDT menewaskan Selangor pada separuh akhir Piala Malaysia 2019.

Afiq yang membuat dua kali bantuan gol kepada Safawi Rasid untuk rakannya mencipta hatrik sekaligus membawa pasukan ke pentas Akhir Piala Malaysia 2019.

Tan Cheng Hoe

Skuad kebangsaan akan menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Tajikistan pada 9 November 2019 (Sabtu) dan sebelum dua aksi Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada 14 November 2019 (Khamis) dan diikuti Indonesia pada 19 November 2019 (Selasa). Ketiga-tiganya berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Berikut senarai nama 26 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Ahad ini, 3 November 2019.

Image
Foto: FAM
Bil Nama Umur Posisi Pasukan
1. Mohd Farizal Marlias 33 Penjaga Gol Johor Darul Ta’zim
2. Adam Nor Azlin 23 Pertahanan Johor Darul Ta’zim
3. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak 32 Pertahanan Johor Darul Ta’zim
4. La’vere Corbin-Ong 28 Pertahanan Johor Darul Ta’zim
5. Mohamed Syamer Kutty Abba 22 Tengah Johor Darul Ta’zim
6. Muhammad Safawi Rasid 22 Sayap Johor Darul Ta’zim
7. Muhammad Akhyar Abdul Rashid 20 Sayap Johor Darul Ta’zim
8. Muhammad Syafiq Ahmad 24 Penyerang Johor Darul Ta’zim
9. Mohd Afiq Fazail 25 Tengah Johor Darul Ta’zim
10. Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak 23 Sayap Johor Darul Ta’zim
11. Matthew Davies 24 Pertahanan Pahang
12. Mohamadou Sumareh 25 Sayap Pahang
13. Muhamad Nor Azam Abdul Azih 24 Tengah Pahang
14. Norshahrul Idlan Talaha 33 Penyerang Pahang
15. Shahrul Mohd Saad 26 Pertahanan Perak
16. Nazirul Naim Che Hashim 26 Pertahanan Perak
17. Brendan Gan 31 Tengah Perak
18. Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi 25 Penyerang Perak
19. Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim 23 Penjaga Gol Kedah
20. Baddrol Bakhtiar 31 Tengah Kedah
21. Muhammad Farhan Roslan 23 Sayap Kedah
22. Mohd Khairulazhan Mohd Khalid 30 Penjaga Gol Selangor
23. Muhammad Syahmi Safari 21 Pertahanan Selangor
24. Dominic Tan Jun Jin 22 Pertahanan Police Tero Fc
25. Muhammad Danial Amier Norhisham 22 Tengah Felda United
26. Mohd Azzizan Nordin 25 Tengah Sabah

Daripada senarai di atas, Cheng Hoe mengekalkan 19 pemain dari skuad 23 pemain yang tewas 1-0 kepada Vietnam pada perlawanan ketiga Kumpulan G di Hanoi, 10 Oktober lalu.

Ia menyaksikan empat pemain digugurkan iaitu penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), pemain pertahanan, Irfan Zakaria (Kuala Lumpur) serta dua pemain tengah, Akram Mahinan (PKNS FC) dan Abdul Halim Saari (Selangor).

Bagi melengkapkan senarai 26 pemain kali ini, Cheng Hoe telah memanggil seramai tujuh pemain baharu termasuk Nor Azam Abdul Azih (Pahang) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak) yang sebelum ini tercicir daripada senarai akhir 23 pemain ke Hanoi kerana kecederaan.

Afiq Fazail ketika beraksi di pentas AFC Champions League menentang Gyeongnam FC di Korea Selatan. Foto: JST

Selain Afiq Fazail, seorang lain pemain JDT, Syazwan Andik bersama tiga lagi pemain baharu dari Kedah yang dipanggil iaitu Baddrol Bakhtiar, Farhan Roslan dan penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Sementara itu, enam pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika ada mana-mana dalam kalangan 26 pemain di atas disahkan mengalami kecederaan iaitu Irfan dan Akram serta penjaga gol, Haziq Nadzli (JDT), Rizal Ghazali (Kedah), J Partiban (Perak) dan Jafri Firdaus Chew (PKNS FC).

Para pemain akan melapor diri pada Ahad, 3 November 2019, kecuali pemain yang terlibat dengan Final Piala Malaysia 2019 pada Sabtu ini, 2 November 2019 hanya akan melapor diri pada Isnin, 4 November 2019.