Akhyar Rashid dalam rundingan JDT

Penyerang Muda Kebangsaan, Akhyar Rashid akan dibawa masuk ke JDT bagi memperkuatkan pasukan menjelang musim mencabar dan bersejarah pada 2019 apabila JDT akan tampil sebagai pasukan pertama beraksi di Kejohanan Liga Juara-Juara AFC.

Khabar tersebut diumumkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dalam entry terbaharu di laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Akhyar yang berusia 22 tahun merupakan penyerang muda negara yang beraksi bersama skuad kebangsaan di kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 dan bersama skuad B23 di kejohanan Sukan Asia.

Laporan media sebelum ini memberitahu, akhyar telah memohon kepada bekas majikan untuk dilepaskan meskipun mempunyai kontrak sehingga penghujung 2019. Namun majikan menolak permohonan tersebut dan kesnya telah dibawa sendiri pemain ke pengetahuan FAM.

FAM menerusi Jawatankuasa Statusnya mengumumkan keputusan mesyuarat pada 3 Disember 2018. FAM membenarkan Akhyar Rashid menebus kontrak beliau bernilai RM210,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Seterusnya, selepas Akhyar Rashid bergelar ejen bebas, mana-mana pasukan yang menandatangani beliau perlu membayar RM75,000 kepada majikan lamanya sebagai pampasan latihan ataupun pembangunan (development clauses/bonus).

Ikuti kronologi lanjut mengenai Akhyar di semuanyabola.com

Akhyar Rashid ketika bersama skuad kebangsaan di Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018. Foto: Sportflex
Akhyar Rashid ketika bersama skuad kebangsaan di Kejohanan Piala AFF Suzuki 2018. Foto: Sportflex