Apakah mesej dalam video perkenalan jersi JDT?

Sejak dahulu lagi dan telah memasuki beberapa tahun, sesi memperkenalkan jersi baharu JDT akan memperagakan video rasmi berkenaan sebelum ditayangkan jersi yang dilancarkan.

Singkap kembali aksi pemain-pemain JDT beraksi di Airport pada tahun 2016, (turut dikecam seolah meniru aksi Ronaldo dan lain2) juga aksi sepasukan skuad JMF menumpaskan rompakan. Diikuti 2017 aksi menumpaskan sindiket di sebuah hotel.

Diikuti musim 2018 memaparkan pemain JDT bersama kenderaan mewah menantikan ‘barangan’ yang dihantar oleh bekas pemain Perancis dan Arsenal, Robert Pires. Dan musim 2019 menceritakan menyatukan penyokong yang berhimpun menantikan pemain JDT yang siap memperagakan jersi terbaharu.

Seluruh dunia telah menjadi saksi bagaimana rupa bentuk jersi baharu kelab bolasepak JDT. Itu sudah membuktikan bahawa ramai yang menanti detik kebanggaan ini. Tidak kira anda penyokong, mahupun anda seorang pembenci kelab bolasepak JDT.

Namun, video pengenalan sentiasa menjadi bualan dan lebih kepada mencari silap dan keburukan daripada disebalik mesej yang hendak disampaikan.

Jersi JDT 2020

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh salah seorang penyokong setia JDT.

Wahai penyokong Johor, ketepikan negativiti, tingkatkan positiviti. Mari lah sama-sama kita menjadi bangsa Johor yang positif. Menyelar idea dan pandangan seseorang bukan lah perkara yang elok. Seelok nya kita ambil positif dari segala aspek.

Kelihatan sebuah bar minuman di Arizona, United States. Di dalam bar tersebut ada 5 orang lelaki memakai jaket kulit Southern Outlaws. Kemudian, muncul seorang perempuan seksi, masuk ke bar, membuatkan 5 orang lelaki tersebut terpukau melihat perempuan tersebut.

Perempuan tersebut berdansa, duduk di meja bar memesan minuman, dan kemudian nya bosan dan ingin berlalu pergi. 5 orang lelaki tersebut resah seolah-olah tidak berbuat apa-apa. Salah seorang dari lelaki tersebut lekas menyiul memanggil perempuan tersebut, sambil membuka jaket dan menunjukkan logo JDT. Lalu perempuan tersebut datang semula dan bendansa dan meluangkan masa bersama 5 lelaki tersebut.

Kita ambil perkara positif dari penceritaan video tersebut.

Apa kata, kita implikasikan perempuan seksi tersebut sebagai penaja yang berduit dan 5 lelaki tersebut adalah pasukan-pasukan bolasepak yang bertanding. Penaja tersebut berlegar-legar di dalam liga bolasepak, pasukan-pasukan tagih duit yang di tunjukkan, akan tetapi tiada satu pasukan pun yang bertindak. Muncul satu pasukan yang lebih berani ke hadapan, menunjukkan sesuatu untuk meyakinkan penaja tersebut. Dan penaja tersebut datang sendiri tanpa perlu dipikat lebih.

Oh terlupa, mengapa perlu di bar minuman? Sekiranya anda seorang pemilik motor berkuasa tinggi, sudah tentu ia sangat sinonim dengan ‘bar hangouts’. Itu secara tidak langsung mempromosikan Southern Outlaws Motorcycle Club yang diilhamkan oleh DYAM TMJ ke seluruh dunia. Orang barat bilang, “Kill two birds with one stone”.

Video sedemikian, kadang kala mendidik kita untuk berfikir luar kotak. Hindarilah kecaman yang tidak langsung membina. Kerana kelak ia akan menimbulkan pertelingkahan di antara kita sendiri.

Harus ingat, kelab bolasepak JDT akan sentiasa tampil dengan kejutan.

Johor akan sentiasa jadi Johor. MAKE WAY FOR THE KING. 😎

Ini merupakan perkongsian dari saudara Farhan Khair.