Asian Cup 2019: Temasya asia kini bermula

Piala Asia AFC UAE 2019 telah membuka tirai secara rasmi malam tadi dengan penuh gilang gemilang. Pembukaan yang meliputi kemegahan membuktikan bolasepak Asia antara yang terbaik di persada dunia.

Acara rasmi pembukaan telah berlangsung di Stadium Zayed Sports City, Abu Dhabi turut dihadiri ribuan penyokong sambil disaksikan jutaan peminat di seluruh dunia.

Pertunjukan pembukaan mengisahkan kisah maskot pertandingan, “Mansour” seorang budak lelaki dari Emiriyah yang digambarkan oleh keindahan burung hantu yang berterbangan. Mengalihkan semua pergerakan yang mengagumkan seolah-olah mengalu-alukan dunia ke Asia.

Ianya dihasilkan oleh individu berpengalaman ketika menjayakan acara-acara yang cukup besar seperti perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, kejohanan Piala Eropah dan beberapa kejohanan Piala Afrika.

Majlis pembukaan tersebut juga menampilkan seekor burung galaksi gergasi yang luar biasa, diwarnai dengan kelopak bunga teratai besar dan replika trofi Piala Asia yang baharu turut diperkenalkan pada kejohanan kali ini.

Replika Piala Asia yang baharu

UAE 2019 kali ini, AFC telah membuat perubahan dengan kini dibuka lebih 24 pasukan penyertaan berbanding 16 sebelum ini. Pertambahan 8 pasukan ini akan menjadi saingan yang lebih besar buat semua penyertaan bagi merangkul kejuaraan Piala Asia.

UAE 2019 berlangsung di 7 stadium pilihan dengan Stadium Zayed Sport City sebagai lokasi pembukaan dan perlawanan akhir dengan kapasiti 43,630 penonton.

No photo description available.

Pastinya edisi kali ini memperlihatkan kemampuan Juara bertahan, Australia selain tentangan sengit dari pasukan Jepun, Korea Selatan dan Iran.