Astro tawar live perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki

Berita baik untuk semua pelanggan Astro!

Bersempena dengan kemaraan skuad kebangsaan Malaysia ke final Piala AFF Suzuki 2018, Astro berbesar hati menawarkan siaran langsung perlawanan akhir di antara Malaysia menentang Vietnam menerusi saluran FOX Sports kepada semua pelanggan.

Tawaran ini diberikan kepada semua pelanggan Astro untuk perlawanan pertama (11 Disember) yang berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil dan juga perlawanan timbal balik di Stadium My Dinh, Hanoi (15 Disember).

Semua pengguna Astro akan diberikan akses percuma di saluran FOX Sports HD (Astro ch832) dan FOX Sports (Astro Ch812) dari jam 7 malam sehingga 2 pagi bagi kedua-dua hari perlawanan.

Jangan lupa saksikan perlawanan Piala AFF Suzuki di saluran Fox Sports Asia #WearYourPride

Nikmatilah! Sumber: Fox Sport Asia