Awak semua Legend

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengingatkan kepada semua media sama ada surat khabar, media laman sukan tidak rasmi, pasukan-pasukan mahupun para pemain untuk tidak asyik bercakap mengenai JDT.

Image may contain: outdoor
Kenyataan TMJ menerusi laman sosial rasmi JDT

“Pada tahun ini, JDT hanyalah sebuah pasukan ‘underdog’. Tidak perlulah semua perkara sehinggakan surat khabar, media-media, laman-laman sukan tidak rasmi, pasukan-pasukan termasuklah para pemain dari pasukan lain asyik bercakap mengenai JDT sahaja. Banyak lagi pasukan dalam negara ini. Jadi tidak perlu risaukan kami kerana kami hanyalah pasukan ‘underdog’ dan awak semua lagenda. Kami hanya kelab kecil yang bercita-cita tinggi.”

Kenyataan itu dimuatnaik menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

JDT akan memulakan aksi pembuka tirai liga Malaysia yang juga merupakan perlawanan Piala Sumbangsih pada 2 Februari 2019 ini dengan bertemu Juara Piala Malaysia 2018, Perak di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.