Ballboy punca kebangkitan Tottenham tumpaskan Olympiacos?

Tottenham Hotspurs berjaya layak ke pusingan 16 saingan UEFA Champions League musim 2019/2020 selepas bangkit menewaskan Olympiacos di tempat sendiri 4-2 meskipun ketinggalan 2-0 pada satu ketika.

Tottenham yang tersentak dengan dua gol awal cuba merapatkan jurang perlawanan selepas Dele Alli meletakkan Tottenham kedudukan 1-2 sebelum tamat separuh masa pertama.

Kebangkitan Tottenham dilihat punca dari gol penyamaan Harry Kane yang menerima umpanan cantik dari Lucas Moura. Ianya hasil bantuan budak pembaling bola atau dikenali dengan nama ballboy yang memberikan kepada Aurier untuk membuat lontaran kedalam pantas kepada Lucas.

JOSE Mourinho memuji dan memeluk budak pembaling bola (ballboy) kerana membantu Spurs mara ke peringkat saingan kalah mati 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara (UCL).

Pengurus baru Tottenham itu melakukan tepuk lima dan memeluk budak muda itu kerana tindakan pantasnya membantu Harry Kane menyamakan kedudukan 2-2.

Image

Aurier meletakkan Spurs di depan sebelum Kane menjadi pemain terpantas dalam UCL meraih 20 gol dan ia hanya perlawanan ke 24 dilaluinya dalam pertandingan itu dengan jaringan keduanya memastikan kemenangan 4-2.

Mourinho mendedahkan dia meminta steward untuk membawa pembaling bola terbabit ke bilik persalinan Spurs selepas perlawanan tetapi dia gagal ditemui.

Pengendali dari Portugal itu berkata: “Saya suka pembaling bola yang bijak. Dia memahami permainan dan membuat bantuan ketika perlawanan.”

https://pbs.twimg.com/ad_img/1199448245182832642/SXQR28OZ?format=png&name=small
Keputusan perlawanan UEFA Champions League