Ballon d’Or 2019 untuk kali ke-6 buat Lionel Messi

Pemain sensasi Barcelona dan juga Argentina, Lionel Messi terus mencipta sejarah baharu apabila dinobatkan pemenang Ballon d’Or 2019 untuk kali keenam buat dirinya awal pagi tadi.

Majlis yang berlangsung di Theatre du Chatelet, Paris turut menjadi saksi buat bintang bolasepak dunia itu selepas menjadikan beliau pemain paling banyak menerima anugerah tersebut selepas kali terakhir dimenangi pada tahun 2015.

Kejayaan ini secara tidak langsung berjaya memintas pencabar terdekatnya, Cristiano Ronaldo yang turut sama menangi sebanyak 5 kali sebelum ini.

Dalam perebutan tersebut, pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk juga menjadi bualan peminat bolasepak dunia untuk meraih gelaran tersebut berada di tempat kedua dan meninggalkan Cristiano Ronaldo ditempat ketiga.

Bagaimanapun musim 2018/2019, Messi hanya berjaya membantu Barcelona meraih kejuaraan LaLiga walaupun gagal di pentas UEFA Champions League selepas tewas kepada Liverpool dan kalah di pentas final Copa del Rey.