Akhyar membantu JDT menang besar 5-0

2 bantuan gol dari Akhyar Rashid membantu JDT menang besar 5-0 menewaskan Home United malam tadi. Akhyar menghantar tepat ke Hazwan Bakri sebelum meledak gol pada minit 51 sebelum melorongkan bola buat Safawi Rasid menjaringkan gol pada minit 88.

Sebelum itu, separuh masa pertama gandingan import Cabrera – Aoron – Diogo Santo ternyata menyerlah dengan pergerakan pantas dan mengucar kacir keadaan.

Cabrera terlebih dahulu meletakkan gol pertama JDT pada minit 8 sebelum Diogo Santo dijatuhkan dalan kotak penalti.

Aaron tidak mensia-siakan peluang untuk menambah gol untuk JDT pada minit 13 menerusi sepakan penalti.

Ketua Pasukan, Hariss Harun meletakkan gol ketiga JDT sebelum tamat separuh masa pertama hasil tandukan kemas selepas menerima umpanan cantik sepakan sudut.

JDT akan ke Thailand untuk misi seterus dalam Pre-Season sebelum sepak mula liga bermula.

Full Time | Pre-Season Friendly Match

JDT [5-0] HOME UNITED
8’ Gonzalo Cabrera
13’ Aarón Ñíguez (pen)
45’ Hariss Harun
51’ Hazwan Bakri
88’ Safawi Rasid

Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers