Beli United, Nak menunjuk-nunjuk? Dah korang tanya. TMJ Jawablah

Semalam, Pemilik JDT, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah membuka soalan buat semua followers instagramnya untuk bertanyakan apa jua soalan.

Salah seorang peminat di laman tersebut bertanyakan apakah tunku berminat untuk memiliki Saham Manchester United? Tunku Ismail dalam jawapan mengakui berminat memiliki sebahagian pegangan dalam kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Saya baru ada perbincangan minggu lalu mengenai perkara itu. Hanya pegangan kecil. Walaupun kelab besar. Seperti saya katakan, saya terbuka untuk apa saja peluang,” jawapan TMJ menjawab soalan tersebut.

Image

Dalam pada itu, ada pula followers yang bertanya apakah komen mengenai persembahan Manchester United musim ini, dan TMJ menjawab: “Tidak cukup bagus. Ed Woodward (naib pengerusi eksekutif kelab) harus digantikan dengan saya.”

Jelasnya, usahlah kita memperhebahkan bahawa setiap kenyataan TMJ adalah untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan popular sebaliknya hanya menjawab persoalan dan pertanyaan dari followers mahupun peminatnya.

Di dalam Ask me a question tersebut, kami percaya ia turut mendapat pertanyaan dari kalangan peminat Valencia CF warga Spain mengenai pembelian saham VCF selain bertanya apa yang menggambarkan negara Spain di mata TMJ.

Dalam perkembangan lain, TMJ mendedahkan terdapat perbincangan untuk beliau memiliki pegangan dalam kelab Sepanyol, Valencia.

“Selamat ulang tahun Valencia. Ya, ada perbincangan dengan pemilik (Valencia) untuk saya memiliki pegangan dalam kelab itu.

“Tapi ia tertangguh kerana kerumitan dan beberapa isu yang perlu diselesaikan,” kata TMJ menjawab soalan adakah beliau akan membeli Valencia.

Pada sesi itu, TMJ juga menegaskan tidak menyalahkan Gonzalo Cabrera dan Bergson Da Silva yang gagal menyudahkan sepakan penalti ketika terikat 1-1 dengan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

“Tak ada tuah dan boleh berlaku dalam bola sepak. Tetapi dua-dua pemain terbaik dan banyak memberi sumbangan yang positif kepada kelab.

“Saya tak nilai pemain dari penalti. Selepas perlawanan semalam saya pesan kepada pemain ‘permainan yang bagus, tidak bernasib baik, pandang ke depan dan perlawanan itu sudah di belakang kita,” jelas TMJ.

Selain itu, TMJ turut menjawab persoalan mengenai ketiadaan bintang baharu JDT, Mohamadou Sumareh dalam senarai bagi aksi menentang Selangor.

“(Sumareh) cedera. Tapi sekarang kembali berlatih dan akan mendapat kecergasan perlawanan tidak lama lagi,” katanya.