“Bila nak jemput saya main FIFA19?” – KJ tweet kepada Syed Saddiq

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertanyakan kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bilakah beliau ingin menjemputnya bermain Play Station 4 FIFA19 di pejabat lamanya.

Kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO itu menerusi laman twitternya mendapat perhatian followers kedua-dua tokoh muda itu dan turut menyokong permintaan tersebut. Ada juga yang meminta perlawanan tersebut ditayangkan di layar gergasi dan secara live.

Ianya berikutan, Menteri Belia & Sukan bersama penyampai radio yang bermain play station di pejabatnya. Tindakan tersebut mengundang kecaman yang mana menunjukan imej tidak baik pada seorang yang berjawatan menteri apabila menggunakan pejabat kerajaan sebagai tempat untuk adakan permainan tersebut.

Image result for syed saddiq main ps4

Bagaimanapun ada pula yang berpendapat dan menyokong bahawa permainan yang dimainkan tersebut adalah merupakan salah satu cabang sukan melalui eletronik dan wajar diketengahkan. Isunya bermain di mana adalah tidak perlu diperdebatkan kerana ianya sukan elektronik yang boleh dimainkan dimana-mana tidak seperti memerlukan gelanggang rasmi mahupun stadium.

Apapun permintaan Khairy masih belum mendapat respon dari Ahli Parlimen Muar tersebut. Apapun pertembungan dua tokoh muda ini, apa yang kita harapkan adalah semangat setiakawan dan bersama-sama memperjuangkan sukan negara termasuklah sukan elektronik atau esport.